Friday, July 31, 2009

buku aku....

salam semua....
blog ni adalah kesinambungan dari sayangtikah yang mana insyaallah akan aku isikan dgn semua benda yg aku suka buat, baca dsb....follow yea!!!!!!

masa lunch tadi aku sempat singgah kat kedai buku POPULAR dlm Jusco Cheras Selatan.....
memang nawaitu aku nak gi beli novel....tak mcm hari2 yg lain tujuan aku ke Jusco tu tak lain tak bukan mestilah nak shoppingkan...
so aku pun carilah novel pilihan aku.....
hasilnya....aku dapat 2 buah buku ni..........

***********************************

Biodata

AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.
Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.
Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.
Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.
Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.
Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.


AZIZI ABDULLAH, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini. Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda. Inilah yang anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh `aku’. Hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

ZIKIR RINDU... menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah `aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.- Penerbit Alaf21.






Sinopsis Biar Rindu Berlalu - Sharifah Abu Salem

Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji utk sehidup semati. Dan kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.
Janji Khalil dgn Samirah utk membina istana bahagia, bagaikan Sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dgn kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup org asing muncul dlm hidup ibunya.
Masing2 menafikan hak bahagia kedua org tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yg membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata2.
Mengenalimu merupakan kenangan pahit dlm hidupku, namun ia juga adalah saat terindah yg tak mungkin dpt kutemui sampai bila2...
Di saat kemelut dn persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa. Nasrul didera rasa bersalah, Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yg sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.
Kerinduan... ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.



***********************************


sesapa nak baca boleh lah pinjam dari aku....tapi mesti jaga buku aku nih elok2 tau......


***membaca jambatan ilmu***